fbpx

3 lagi wakil negara mara di Thailand

KUALA LUMPUR: Dua pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon Goh Liu Ying tidak berdepan masalah menempah slot pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Thailand, hari ini.

Mengiringi mereka satu lagi pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

V Shem-Wee Kiong yang juga naib juara Terbuka Thailand pertama mudah melepasi halangan awal apabila lawan mereka dari Korea Selatan, Lee Yong Dae-Kim Gi Jung menarik diri ketika kedudukan 6-2 pada set pertama akibat kecederaan.

Peng Soon-Liu Ying yang kandas di suku akhir minggu lalu mara selepas menewaskan pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostemeyer 21-13 21-13.

CHAN Peng Soon (belakang) dan Goh Liu Ying.

Naib juara All England 2019, Aaron-Wooi Yik mengetepikan cabaran wakil tuan rumah, Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkam 21-10, 21-18 untuk mara ke pusingan kedua Siri Jelajah Super 1,000 itu.

“Ini kemenangan pertama kami selepas lama tak beraksi di peringkat antarabangsa.

“Kemenangan ini memberi semangat  kepada kami untuk dapatkan keputusan lebih baik di sini,” kata Wooi Yik yang sebelum ini tewas kepada V Shem-Wee Kiong pada pusingan awal Terbuka Thailand pertama minggu lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN