NGO lapor polis, penganjur artifak nabi pamer sijil palsu - Utusan Malaysia

NGO lapor polis, penganjur artifak nabi pamer sijil palsu

Mior Azlan Mior Kamarulbaid (kanan) bersama beberapa NGO selepas membuat laporan polis di IPD Ampang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penganjur Pameran Artifak Nabi dan Para Sahabat yang didakwa mempamerkan sijil palsu dalam pameran itu yang berlangsung pada 29 Oktober sehingga 7 November lalu di sebuah madrasah di Machang, Kelantan.

Pengerusi Pertubuhan Wawasan Bersatu Malaysia, Mior Azlan Mior Kamarulbaid berkata, pihak penganjur iaitu Madrasah Ribat Al- Musthofa telah mempamerkan beberapa sijil yang turut tular di laman sosial didakwa dikeluarkan oleh Muzium Dinar Islami di Mekah, Arab Saudi.

“Walau bagaimanapun setelah disahkan terus dengan Pengarah Muzium Dinar Islami, Syaikh Muhammad Umar Nato, beliau menafikan pihaknya mengeluarkan sijil-sijil tersebut dan mengesahkan sijil-sijil berkenaan sebagai palsu,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tengah hari semalam.

Pada 8 November lalu, Syaikh Muhammad Umar telah memuatnaik video kenyataan rasmi beliau di saluran YouTube bagi menafikan pengeluaran sijil-sijil tersebut untuk tujuan pameran dan mengesahkan ia adalah palsu.

Selain Pertubuhan Wawasan Bersatu Malaysia, beberapa NGO lain seperti Pertubuhan Al-Khaadem, Pusat Kuliah KL Baitussalam Services, Persatuan Baitur Rahmah Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan Ahli Sunnah Wal Jamaah (M) Malaysia berharap penganjur tersebut diambil tindakan ekoran menipu dan memalsukan sijil-sijil berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya