Mourinho bengang Sterling dapat layanan istimewa - Utusan Malaysia

Mourinho bengang Sterling dapat layanan istimewa

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho sekali lagi menyerang Gareth Southgate apabila mendakwa pengendali England itu memberi keistimewaan kepada Manchester City menjelang pertemuan mereka malam ini apabila melepaskan Raheem Sterling daripada aksi antarabangsa kelmarin.

Bintang City itu tidak disenaraikan dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Iceland yang dimenangi England 4-0 di Wembley, sebaliknya kapten Spurs, Harry Kane mengetuai jentera serangan The Three Lions.

Kane juga diturun dalam pertemuan menentang Belgium, Sabtu lalu, manakala dua lagi tonggak Spurs yang terlibat dalam perlawanan menentang Iceland adalah Harry Winks dan Eric Dier.

Sterling sebaliknya dibenarkan pulang ke pangkuan City lebih awal bersama kapten Liverpool, Jordan Henderson yang ditimpa kecederaan sebelum perlawanan itu.

Pemain sayap itu juga tidak diturunkan dalam pertemuan dengan Belgium kerana dikatakan cedera paha dalam sesi latihan.

RAHEEM STERLING

“Gareth Southgate, saya membaca. Saya tidak fikir saya salah baca.

“Dia kononnya mengatakan beberapa pengurus kelab bola sepak memberi tekanan agar tidak menurunkan pemain untuk skuad kebangsaan dan kerana itu, kadangkala dia rasa perlu memanggil pengurus kelab bagi meredakan emosi serta mengawal keadaan sukar.

“Saya mahu dia beritahu, siapa. Jurulatih mana yang memberi tekanan agar pemainnya tidak diturunkan. Siapa jurulatih yang bercakap dengannya di telefon?

“Dia berhak memanggil pemain yang dimahukan. Biarpun England sudah terkeluar tapi perlawanan terakhir (menentang Iceland) tetap penting, jadi saya bersimpati dengannya.

“Dan, sudah tentu kita semua tahu Sterling akan turun beraksi esok. Bila Eric Dier meninggalkan skuad kebangsaan akibat kecederaan bulan lalu, dia tidak bermain dalam dua perlawanan buat Tottenham.

“Dia tidak beraksi dalam perlawanan Liga Perdana dan Liga Europa kerana merlukan masa berminggu untuk sembuh tapi Raheem Sterling akan bermain esok!,” sindir Mourinho dalam sidang akhbar menjelang perlawanan di Stadium Tottenham Hotspurs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya