Ronaldo nafi langgar protokol Covid-19 - Utusan Malaysia

Ronaldo nafi langgar protokol Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Cristiano Ronaldo menafikan kenyataan Menteri Sukan Itali dia melanggar protokol Covid-19 yang ditetapkan negara itu selepas kembali daripada tugasan antarabangsa dan didapati positif.

Penyerang Juventus itu menjalani kuarantin di rumahnya di Turin selepas tiba dari Portugal menaiki penerbangan ambulans kerana didapati positif Covid-19 ketika bersama pasukan kebangsaan dalam Liga Negara-Negara UEFA.

“Saya tidak pernah melanggar protokol.

“Seseorang yang namanya tidak mahu saya sebut di Itali berkata saya tidak menghormati protokol. Ia tidak benar.

“Saya meneruskan proses kuarantin secara bersendirian. Keluarga saya di tingkat yang lain.

“Kami tidak boleh bersama dan ia kekal begitu sekurang-kurangnya 10 hari lagi,” kata Ronaldo dalam media sosial hari ini.

Kata Ronaldo, dia melakukan perjalanan selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa selain mengelak mempunyai kontak dengan orang ramai.

Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora sebelum ini berkata, Ronaldo melanggar protokol dengan meninggalkan Itali ketika Juventus melalui tempoh pengasingan berikutan terdapat dua kes positif Covid-19.

Beliau membalas komen Ronaldo dengan mendakwa pemain itu berbohong dan menegaskan kenyataannya khusus merujuk kepada tindakan pemain itu serta beberapa rakan sepasukannya yang meninggalkan pasukan untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Populariti dan kehebatan segelintir pemain bola sepak bukan bermaksud mereka boleh bersikap angkuh dan tidak menghormati peraturan kami dan kemudian berbohong.

“Saya ulangi apa yang saya sebutkan sebelum ini berhubung beberapa pemain Juventus meninggalkan pasukan di sebuah hotel.

“Komen yang berkaitan komunikasi antara pihak Juventus dengan pihak kesihatan di Turin,” kata Spadafora kepada agensi berita ANSA. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.