Lelaki jatuh sungai ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Lelaki jatuh sungai ditemukan lemas

ANGGOTA bomba yang melakukan operasi menyelamat menemukan mangsa di Sungai Korok, Jitra, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Korok, Jitra di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di sungai tersebut pada pukul 7.59 pagi ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, operasi pencarian di tebing sungai berjaya menemukan mayat mangsa.

Kata beliau, mangsa dihanyutkan sejauh kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh. 

“Buat masa ini, identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, operasi mencari mangsa tamat sepenuhnya pada pukul 9 pagi ini selepas mangsa ditemui dalam tempoh kurang 24 jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.