Bersatu akur jika Pas dominasi Kelantan - Utusan Malaysia

Bersatu akur jika Pas dominasi Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan pada dasarnya akur jika Perikatan Nasional (PN) memberi laluan kepada Pas mendominasi majoriti kerusi yang ditandingi di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, keputusan itu dianggap wajar jika mengambil kira pengaruh Pas yang memerintah Kelantan selama 30 tahun.

Bagaimanapun katanya, Bersatu Kelantan berharap pihaknya diberi peluang bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bersatu perlu diberi ruang turut bertanding dalam PRU-15 bagi membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dan terlibat dalam pembangunan di Kelantan.

“Ini juga mampu mewujudkan perpaduan yang lebih erat antara parti-parti yang berada dalam PN,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Penutupan Mini Karnival Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Selising di sini, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu dilaporkan berkata, parti itu perlu diberi laluan bagi mendominasi kerusi di negeri-negeri seperti Kelantan dalam PRU-15 kelak.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, pihaknya tidak mahu meletakkan sasaran jumlah kerusi yang ingin ditandingi kerana dikhuatiri menimbulkan masalah yang boleh meretakkan hubungan dalam PN.

“Keputusan bersama di peringkat kepimpinan tertinggi PN nanti akan menjadi kayu ukur yang muktamad dan dihormati semua pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.