TANJUNG MALIM: Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mengakui memikul tugas berat setelah dipilih sebagai calon sulung Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang baru ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peguam syarie berusia 38 tahun itu berkata, apatah lagi amanah itu diberikan sendiri oleh Dr. Mahathir yang mahu melihat impak aspirasi perjuangan bekas Perdana Menteri itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Menurut Amir Khusyairi, beliau menyahut amanah…