Melaka bergaya benam Negeri Sembilan

Melaka bergaya benam Negeri Sembilan

SKUAD Melaka diperkuatkan oleh enam pemain kebangsaan dalam kejohanan Pialam Emas Khir Johari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Melaka yang diperkuat enam tonggak kebangsaan membuka langkah bergaya apabila berjaya membenam Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi Kumpulan D, Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.

Regu A Melaka yang dibarisi trio kebangsaan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Zaim Razali diberikan tentangan sengit sebelum menang 20-22, 22-20, 21-19 ke atas Regu A Negeri Sembilan.

Melaka yang membariskan pemain junior pada Regu B tidak berdepan masalah apabila mudah membenam Negeri Sembilan dengan kemenangan 21-11, 21-11 bagi bagi meletakkan kedudukan menjadi 2-0.

Regu C Melaka yang sekali lagi membariskan trio kebangsaan Syahir Rosdi bersama Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar dan Muqlis Borhan mengesahkan kemenangan apabila menang 21-12, 21-16 di regu ketiga.

“Alhamdulillah kita berjaya meraih kemenangan pertama hasil kerja keras pemain dan barisan kejurulatihan yang memberikan komitmen 100 peratus. Esok kita akan berdepan Terengganu dan pastinya kemenangan mutlak menjadi sasaran kami.

“Kita akan kekalkan regu yang sama untuk perlawanan kedua, berada dalam kumpulan maut kita tidak akan sesekali untuk membuat percubaan. Ini adalah pasukan terbaik yang akan kita turunkan nanti,” kata Persatuan Sepak Takraw Melaka (Pastam), Datuk Akramuddin Abd Aziz.


Perejam Kebangsaan, Muhammad Noraizat Mohd. Nordin yang bermain dengan pasukan Perak membuat hadangan bagi menghalang libasan perejam Pulau Pinang pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Sementara itu, juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023, Perak yang turut menghuni Kumpulan D juga memperoleh kemenangan pertama apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1.

Dalam pada itu, dua lagi perlawanan perlawanan membabitkan Kumpulan C antara Kelantan dan Kuala Lumpur menyaksikan pasukan Pantai Timur itu kalah 0-3, sementara KPT-MASUM cemerlang menumpaskan KPM-MSSM juga dengan kedudukan 3-0.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya