Khairul Hafiz fokus empat kali 100 meter

Khairul Hafiz fokus empat kali 100 meter

KHAIRUL HAFIZ Jantan menerima insentif kemenangan berjumlah RM6,000 atas kejayaan di Sukan SEA Ke-32 Kemboja. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Masalah kecederaan menjadi punca jaguh pecut 100 meter lelaki, Khairul Hafiz Jantan gagal berada pada prestasi sebenarnya bagi acara kegemarannya itu.

Sebaliknya atlet kelahiran Melaka itu kini memberi tumpuan penuh dalam acara empat kali 100 meter selepas kejayaan meraih pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-32 Kemboja, baru-baru ini.

Menurutnya, dia tetap akan bertanding dalam acara 100 meter, namun tidak meletakkan sebarang sasaran pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Thailand bulan depan.

“Saya sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami, namun buat masa ini tumpuan saya lebih kepada acara empat kali 100 meter, walaupun saya bertanding dalam acara 100 meter.

“Saya lebih fokus dalam acara empat kali 100 meter yang dilihat boleh meraih pingat berikutan kehadiran rakan sepasukan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi yang akan balik dari Amerika Syarikat (AS) nanti.

“Dia (Muhammad Azeem) akan memperkuatkan kuartet empat kali 100 meter di ATF serta temasya Sukan Asia September nanti,” katanya.

Khairul Hafiz ditemui selepas menerima insentif kemenangan berjumlah RM6,000 atas kejayaan meraih gangsa dalam acara empat kali 100 meter di Sukan SEA Kemboja.

Tambah Khairul Hafiz, kuartet negara berazam untuk mencatat masa terpantas berbanding rekod di Kemboja bagi melayakkan diri bertanding di Sukan Asia.

“Kehadiran Muhammad Azeem akan menjadikan dia sebagai pelari terakhir manakala saya akan kembali sebagai pelari pertama,” ujar atlet yang pernah mencatat masa terpantas peribadi 10.18 saat, memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya