Damok pastikan isu penaja tidak ganggu fokus

Damok pastikan isu penaja tidak ganggu fokus

DAMOK ditemubual media sebelum berlepas ke Sepanyol kelmarin. - IHSAN ZK RACING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Walaupun isu penajaan belum selesai, namun, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman hanya mahu fokus kepada persiapan menjelang musim baharu Kejua­raan Motosikal Dunia yang akan membuka tirai pada 24 Mac depan.

Pelumba muda yang lebih dikenali sebagai Damok berkata, mengenai isu penajaan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang menguruskan perjalanan kariernya sehingga kini.

“Mengenai penajaan saya serah semua kapada Zulfahmi untuk kendalikan perkara ini, jadi, saya hanya fokus kepada musim saya dalam Moto3,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Sepanyol, kelmarin.

Pelumba kelahiran Selangor itu berangkat ke Sepanyol bagi menghadiri pelancaran pasukannya, MTHelmets_MSi pada 27 Februari, sebelum terbang ke Partimao, Portugal untuk sesi ujian pra-musim 17-20 Mac ini.

Menurut Damok, dia satu-satunya pelumba Malaysia yang beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia dan sokongan rakyat Malaysia amat ditagihnya.

Melakukan penampilan su­lung dalam kelas Moto3 sebagai pelumba tetap, Damok memberitahu, pada musim pertamanya itu, dia tidak meletakkan sebarang sasaran yang terlalu tinggi.

“Untuk tahun ini, saya perlu belajar daripada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman, jika ada kelebihan untuk berada di atas podium itu rezeki saya, jadi, saya akan bekerja keras dan cuba yang terbaik,” ujarnya.

Mengulas pula perbezaan sebagai pelumba ‘wild card’ dan semusim penuh, anak muda berusia 21 tahun itu menjelaskan, sebagai pelumba tetap, dia berpeluang mencatat lebih perbatuan ketika me­nunggang jentera, selain dapat mengenali dengan lebih dekat perwatakan setiap pesaingnya.

“Jadi, jika semasa wild card saya memang teragak-agak hendak menyesuaikan diri dengan pelumba lain, berbeza dengan pelumba tetap, jadi inilah peluang terbaik saya.

“Jika semua berjalan lancar, saya sebenarnya memiliki sasaran sendiri untuk berada dalam kelompok 15 terbaik dalam setiap perlumbaan dan memburu gelaran pendatang baharu terbaik,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya