PETALING JAYA: Skuad hoki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menewaskan China 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Hoki Bihar, India, hari ini.
Penyerang negara, Norsyafiq Sumantri meletakkan Speedy Tigers di hadapan seawal minit kelapan menerusi pukulan sudut penalti.
Dua gol Speedy Tigers diperoleh hasil jaringan Mohamad Akhimullah Anuar Esook masing-masing pada minit ke-36 dan ke-50.
China cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan hasil jaringan Gao Jiesheng pada minit ke-54 namun lima minit kemudian Syed Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat seminit sebelum tamat permainan. – UTUSAN