Elegan dengan sentuhan warisan, moden

Elegan dengan sentuhan warisan, moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lengkungan klasik, jubin bermotif, tekstur rotan menyuntik sentuhan nostalgia pada perabot dalam koleksi ini.

Apatah lagi dengan penggunaan cermin serta palet warna hijau abu-abu dan sage yang menenangkan.

Gabungan tradisi dan gaya hidup kontemporari menjadikan koleksi Anggun Heritage keluaran Signature ini begitu mempesonakan.

Istimewanya, setiap perincian itu dilengkapi dengan sistem storan pintar dan teknologi ergonomik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau berkata, koleksi terbaharu ini memperhalusi dan mentafsir semula tradisi untuk disesuaikan dengan gaya hidup masa kini.

“Walaupun berinspirasikan warisan tetapi rekaan dalamannya tidak seperti kelaziman.

“Paling penting, koleksi ini melambangkan perjalanan 31 tahun kami dalam inovasi reka bentuk dan produk, satu perjalanan yang terus menghargai identiti budaya kita sambil membentuk masa depan kediaman rakyat Malaysia.

“Pencapaian ini bertepatan dengan visi kami untuk mewujudkan ruang yang menggabungkan warisan, kemodenan dan aspirasi secara harmoni untuk dinikmati generasi akan datang,” katanya baru-baru ini.

Di bahagian dapur, keanggunan konsep tersebut terserlah melalui pintu slimline shaker dan jalur fluted.

Di bilik pula, pemegang emas klasik pada almari pakaian menambahkan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN