MELAKA: Persatuan Hoki Melaka akan menghidupkan semula Liga Hoki Melaka yang beberapa tahun kebelakangan ini tidak diadakan sebagai usaha melonjakkan semula pasukan negeri menduduki ranking teratas di Malaysia. Presiden baharu Persatuan Hoki Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, mesyuarat mengenai penganjuran liga bakal diadakan dalam masa terdekat dan ia dijangka dianjurkan pada Julai atau Ogos ini. Menurutnya, kejohanan itu kali terakhir diadakan pada 2018 dan penganjuran tahun ini akan melibatkan pasukan…










