Poh Kong anjur golf untuk wanita

Poh Kong anjur golf untuk wanita

POH Kong mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan golf untuk golongan wanita di Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyertaan golongan wanita dalam sukan golf di negara ini dijangka bertambah dengan penganjuran Siri Golf Wanita Poh Kong yang akan berlangsung pada bulan ini hingga Disember depan.

Kejohanan untuk wanita akan diadakan pada 17 Oktober ini di Glenmarie Golf & Country Club dan diikuti dengan acara campuran pada 23 November di The Mines Resort & Golf Club dan akhirnya acara wanita pada15 Disember di Kota Permai Golf & Country Kelab.

Acara campuran terbuka kepada pasangan atau berpasukan yang terdiri daripada pemain lelaki atau semua pasukan wanita, contohnya ibu, anak perempuan, anak lelaki atau suami boleh bekerjasama dan bermain bersama.

Naib Presiden Persatuan Gol Malaysia (MGA), Datuk Merina Gan berkata, kejohanan berkenaan sehaluan dengan Piagam Wanita Dalam Golf yang berjanji untuk menyokong langkah meningkatkan bilangan wanita, gadis dan keluarga bermain golf.

“Kami menghargai penglibatan wanita dalam sukan golf, terima kasih juga kepada penaja dan kelab-kelab golf yang telah memberikan sokongan, kami di Malaysia masih cuba untuk turun padang dan kami berharap kejohanan ini mendapat sambutan,” kata Merina.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Poh Kong, Elizabeth Choon berkata, penganjuran kejohanan itu diharap dapat meningkatkan lagi penyertaan pemain wanita dalam sukan golf.

“Ini merupakan sebahagian program dan aktiviti Poh Kong bersama masyarakat dan matlamat untuk menunjukkan Malaysia sebagai contoh yang cemerlang selain kami juga boleh bekerjsama dengan mana-mana pihak untuk tujuan yang baik,” katanya.

Peserta yang menyertai kejohanan berkenaan akan menerima kejutan, selain barangan sukan golf, kemungkinan peserta juga akan menerima jonkong emas Poh Kong di dalam goodie bag

Bonus lain untuk peserta ialah Hadiah Wang Tunai Hole-In-One dan RM18,888.00 untuk semua lubang par-3, bersama-sama jam tangan oleh Titoni. Kebaharuan akan merangkumi peraduan Pemanduan Terpanjang dan Terdekat-Ke-Pin serta peraduan Bull’s Eye, dengan semua dana daripada ini akan disalurkan kepada organisasi amal yang dicalonkan

Tujuh pemenang terbaik dalam kategori A, B & C dalam acara wanita dan 10 pasangan teratas dalam acara campuran akan menerima hadiah dan trofi yang lumayan selain seis cabutan bertuah yang unik akan terdiri daripada permainan bingo.

Yuran penyertaan bagi setiap acara ditetapkan pada kadar RM380 untuk ahli kelab golf yang bergabung dengan Piagam Wanita Dalam Golf atau ahli POH KONG. Jika tidak, yuran penyertaan akan ditetapkan pada RM480 setiap tempat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya