Team Haq impi kejutan di Jakarta

Team Haq impi kejutan di Jakarta

JURULATIH Team Haq, Khairul Azman Muhammad Syarif (tengah) bersama pemain, Mohamad Nilzahan Neilham dan Poh Chun Wai ketika melawat pejabat Media Mulia di Petaling Jaya, semalam. – utusan/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Grand Final Liga Profesional Mobile Le­gends (MPL) MY musim Ke-10, Team Haq mengimpikan satu lagi kejutan pada debut sulung dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) di Jakarta, Indonesia, Januari tahun depan.

Menyedari persaingan le­bih sukar bakal dihadapi pada per­tandingan peringkat dunia, Team Haq telah merangka strategi terbaik dengan melakukan beberapa persiapan dan bercadang menambah jumlah jurulatih.

Jurulatih Team Haq, Khairul Azman Muhammad Syarif berkata, pengurusan pasukan juga mungkin menubuhkan pasukan untuk membuat analisis permainan.

“Kalau ikutkan, antara kuasa besar Mobile Legends adalah Indonesia dan Filipina. Kesemua pasukan ini memiliki kekuatan tersendiri, Indonesia menjurus kepada permainan agresif, manakala Filipina lebih kepada permainan berpasukan.

“Bagi Team Haq, kami lebih selesa untuk menerapkan permainan secara berpasukan. Apa pun kami akan melakukan beberapa penambahbaikkan bagi memastikan Team Haq bersedia menghadapi kejohanan,” katanya ketika melawat pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. semalam.

Sebelum ini, Team Haq mencetuskan sensasi dalam arena e-sukan selepas menewaskan juara bertahan, Todak 4-2 pada penampilan sulung di Liga Profesional Mobile Legends  (MPL) MY.

Kejayaan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyaksikan Team Haq bakal membawa cabaran Malaysia ke Kejohanan Dunia bersama Todak.

Team Haq dibarisi lima pemain iaitu Muhammad Syafizan, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Aimin Zairie Anuar dan Mohamad Nilzaihan Neilham.

“Apabila sudah layak ke pertandingan dunia, sudah pasti kami juga tetap menaruh harapan untuk raih kejayaan.

Untuk penyertaan kali ini, saya letak harapan untuk berada di kelompok tiga terbaik,” ujar Mohamad Nilzaihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya