Maghribi lakar kemenangan dramatik tumpaskan Haiti

Maghribi lakar kemenangan dramatik tumpaskan Haiti

PEMAIN Maghribi meraikan kejayaan mereka menumpaskan Haiti 4-2 sekali gus menamatkan kempen naib juara Kumpulan C Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Maghribi menamatkan saingan Kumpulan C Piala Dunia 2026 dengan kemenangan dramatik 4-2 ke atas Haiti di Stadium Atlanta, semalam, namun terpaksa berpuas hati sebagai naib juara kumpulan di belakang Brazil.

Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Haiti mengejutkan apabila dua kali mendahului menerusi gol sendiri penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou serta jaringan cantik Wilson Isidor. Namun kebangkitan skuad Atlas Lions menyaksikan mereka menutup perlawanan dengan tiga mata penuh.

Haiti yang beraksi dalam Piala Dunia pertama sejak 1974, akhirnya mencatat sejarah apabila berjaya menjaringkan gol sulung mereka di pentas berprestij itu, namun menamatkan kempen tanpa sebarang mata.

Maghribi yang melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama, bermula agak perlahan apabila dikejutkan seawal minit ke-10.

PEMAIN Maghribi, meraikan kejayaan kejayaan mereka memperolehi gol keempat hasil jaringan Gessime Yassine menewaskan Haiti 4-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C, semalam. – AFP

Gerakan Jean-Kevin Duverne di sebelah kanan diakhiri dengan hantaran yang tertampan masuk hasil biasan Bounou untuk gol pertama Haiti.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu kembali menyusun rentak dengan kapten, Achraf Hakimi menyamakan kedudukan pada minit ke-39 selepas percubaan Bilal El Khannouss gagal ditampan kemas penjaga gol Haiti, Jonny Placide.

Kegembiraan Maghribi tidak bertahan lama apabila Wilson Isidor meledak gol kedua Haiti menerusi rembatan jarak jauh yang cantik pada minit ke-43, sekali gus kembali meletakkan pasukan itu di depan.

Namun Ismael Saibari memastikan kedudukan kembali seimbang apabila mudah menolak masuk hantaran Hakimi untuk menjadikan kedudukan 2-2 sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan Maghribi meningkatkan tekanan, namun hanya mampu memecahkan kebuntuan pada lewat permainan menerusi Soufiane Rahimi hasil rembatan deras yang dilakukannya pada minit ke-78.

PEMAIN Haiti kelihatan kecewa selepas tumpas 4-2 kepada Maghribi dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2026. – AFP

Walaupun menang, Maghribi gagal memintas Brazil di puncak kumpulan berdasarkan perbezaan gol, sekali gus dijangka berdepan cabaran lebih getir di pusingan kalah mati sama ada menentang Belanda atau Jepun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN