ALOR SETAR: Detik pahit dirasai para penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas pasukan kesayangan mereka secara rasmi tersingkir dari saingan Liga Super musim depan akibat gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan. Bagi penyokong setia Hijau Kuning, perkembangan itu bukan sahaja mencetuskan rasa kecewa, malah turut menimbulkan pelbagai persoalan terhadap hala tuju dan masa depan pasukan. Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah berkata, ramai penyokong berduka cita dengan…










