Lahoz buat hal lagi

Lahoz buat hal lagi

PENGADIL, Antonio Mateu Lahoz melayangkan 15 kad kuning dan dua kad merah ketika Barcelona seri 1-1 dengan Espanyol di Camp Nou semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Antonio Mateu Lahoz, pengadil yang dihantar pulang pada Piala Dunia 2022 ekoran kontroversi dilakukan dalam aksi suku akhir antara Belanda menentang Argentina sekali lagi menjadi tumpuan, kali ini di sai­ngan La Liga.

Lahoz, 45, melayangkan 15 kad kuning dan dua kad merah ketika Barcelona seri 1-1 dengan Espa­nyol di Camp Nou semalam.

‘Pesta kad’ bermula tidak lama selepas Marcos Alonso membuka jaringan Barca di minit ketujuh.

Lahoz mula mengeluarkan kad kuning kepada empat pemain sebelum babak pertama tamat.

Bagaimanapun ketika Espanyol sedang mencari gol penyamaan, Lahoz menghadiahkan penalti kepada pelawat, dan ­Joselu menya­makan kedudukan di minit ke-73.

Permusuhan kedua-dua pasukan kian memuncak ditambah Lahoz mela­yangkan lima lagi kad kuning dan dua kad merah hanya dalam tempoh enam minit.

Jordi Alba pemain pertama dibuang padang kerana menerima dua kad kuning selepas membantah keputusan Lahoz.

Selang dua minit, Vinicius Souza dari Espanyol menerima kad merah, menjadikan kedua-dua pasukan meneruskan permainan dengan 10 orang.

Pun begitu, Lahoz belum ‘selesai’ apabila menambah kad merah ketiga kepada rakan sepasukan Souza, Leandro Cabrera selepas berpendapat pemain itu sengaja memukul kepala Robert Lewandowski dengan butnya.

Dia dinasihatkan berunding dengan pemantau video bantuan pengadil (VAR), dia akhirnya membatalkan kad merah setelah berpuas hati perbuatan pemain itu tidak disengajakan.

Secara keseluruhan, Lahoz telah mengeluarkan 17 kad sepanjang perlawanan itu.

Pada Piala Dunia di Qatar, Lahoz mencipta rekod melayangkan 19 kad kuning dan satu kad merah ketika ­Argentina bertemu Belanda.

Dia kemudian dihantar pulang selepas dikritik oleh bintang ­Argentina, Lionel Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya