Klopp pertahankan Trent ke Piala Dunia

Klopp pertahankan Trent ke Piala Dunia

JURGEN Klopp mempertahankan pemilihan Trent Alexander-Arnold dalam skuad Piala Dunia England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Bos Liverpool, Jurgen Klopp mengecam bekas pemain Manchester United, Gary Neville yang mempersoalkan pemilihan Trent Alexander-Arnold dalam skuad England pada kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Neville menyelar prestasi pertahanan kanan Liverpool itu sebagai punca Reds jauh ketinggalan dalam persaingan Liga Perdana Inggeris apabila menghuni tangga kelapan.

“Saya mendengar Gary ­Neville berkata sesuatu tentang Arnold.

“Dia kini berusia 24 tahun, memenangi beberapa aksi final. Itu perlawanan besar di mana dia perlu bertahan dengan sebaik mungkin.

“Dia (Arnold) sentiasa di sana, bertahan dengan baik,” katanya yang mempertahankan pemilihan pemain berusia 24 tahun itu.

TRENT Alexander-Arnold menjadi sasaran Barcelona untuk dibawa ke Camp Nou musim depan.

Dalam perkembangan sama, Klopp juga mendedahkan mengenai perancangannya pada ­jendela perpindahan Januari tahun depan.

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa dia mungkin terpaksa menukar perancangan berikutan berita bahawa Fenway Sports Group (FSG) ­meletakkan Reds untuk dijual.

Pengendali dari Jerman itu menegaskan, belum ada apa-apa yang diputuskan pada jendela perpindahan, namun mereka akan terus memantau sasaran walaupun masa depan kelab tidak menentu.

Kylian Mbappe dilihat antara sasaran utama Liverpool walaupun penyerang Perancis itu menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain (PGS), Mei lalu tetapi terdapat laporan dia tidak gembira di Parc des Princes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya