United tidak akan cari pengganti Ronaldo

United tidak akan cari pengganti Ronaldo

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurusan tertinggi Manchester United dilaporkan tidak akan mencari pengganti Cristiano Ronaldo jika legenda kelab itu meninggalkan Old Trafford, Januari ini.

Menurut akhbar The Athletic, United akan kekal dengan skuad sedia ada sekalipun kehilangan bintang di bahagian serangan.

Masa depan Ronaldo, 37, bersama United semakin diragui selepas dia diketepikan daripada skuad menentang Chelsea, Sabtu lalu atas sebab disiplin.

Dia enggan diturunkan sebagai pemain gantian pada lewat permainan ketika menentang Tottenham Hotspur dan memasuki bilik persalinan sebelum perlawanan itu tamat.

Walaupun United sangat memerlukan penyerang baharu, kelab itu didakwa tidak akan mencari pengganti secara automatik sekiranya Ronaldo pergi.

Ronaldo dilaporkan berkeras untuk berpindah dari Old Trafford pada musim panas selepas pasukannya gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini tetapi gagal mendapatkan kelab yang sesuai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN