Frankfurt rangkul trofi Eropah pertama selepas 42 tahun

Frankfurt rangkul trofi Eropah pertama selepas 42 tahun

PEMAIN Eintracht Frankfurt meraikan kejayaan muncul juara Liga Europa selepas menumpaskan Glasgow Rangers dalam perlawanan akhir di stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE, Sepanyol: Eintracht Frankfurt menewaskan Rangers menerusi sepakan penalti 5-4 untuk menjulang Liga Europa hari ini selepas perlawanan akhir di Seville terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Aaron Ramsey yang dibawa masuk sebagai pemain gantian ketika masa tambahan berbaki tiga minit gagal menyempurnakan penalti, sebelum Rafael Borre meledak rembatan kemenangan untuk melengkapkan musim menakjubkan Frankfurt.

Borre adalah wira malam itu apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-69 selepas Joe Aribo terlebih dulu meletakkan Rangers di depan pada minit ke-87.

Kemenangan itu membolehkan Frankfurt memenangi trofi Eropah pertama mereka sejak 1980 dan menempah tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

PEMAIN Eintracht Frankfurt meraikan kejayaan muncul juara Liga Europa selepas menumpaskan Glasgow Rangers . – AFP

“Kami semua adalah wira. Tanpa penyokong kami tidak akan berjaya,” kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.

Kedua-dua kelab mencari kejuaraan Eropah kedua dalam sejarah mereka, di mana Rangers sebelum ini merangkul Piala Antara Juara pada 1972 dan Frankfurt menjulang Piala UEFA, 42 tahun lalu.

Dengan hanya mempunyai 43,000 kapasiti, Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla tidak cukup besar untuk menempatkan penyokong yang datang dari Jerman dan Scotland untuk menyaksikan detik bersejarah buat kali mereka.

Rangers membawa lebih 100,000 penyokong ke kota Sepanyol itu, manakala sekitar 60,000 mengikuti Frankfurt. Mereka yang tidak dapat memasuki stadium menonton di skrin gergasi dengan kawalan ketat pihak keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN