Lampard patah tangan ketika raikan kemenangan Everton - Utusan Malaysia

Lampard patah tangan ketika raikan kemenangan Everton

FRANK Lampard meraikan gol kemenangan Everton yang disempurnakan oleh Alex Iwobi di minit ke-99.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Frank Lampard patah tangan kerana terlalu seronok ketika meraikan gol kemenangan Everton yang disempurnakan Alex Iwobi pada minit ke-99 untuk menumpaskan Newcastle 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Menutup kempen dengan 10 pemain selepas Allan dilayangkan kad merah pada minit ke-83, kemenangan itu menggembirakan Everton, malah membolehkan mereka berada tiga mata di atas zon penyingkiran.

Selepas perlawanan terganggu ekoran pencerobohan penunjuk perasaan yang mengikat diri di tiang gol, selain ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) yang menyebabkan Allan dibuang padang, masa kecederaan 14 minit diberikan di Goodison Park.

PEMAIN Everton meraikan kemenangan di Goodison Park.

Anak-anak buat Lampard memanfaatkan situasi itu apabila Dominic Calvert-Lewin menghantar bola kepada Iwobi untuk meledak gol paling penting dalam kariernya di Everton sejak perpindahannya bernilai 40 juta (RM221 juta) dari Arsenal tiga tahun lalu.

“Tangan saya patah ketika meraikan kemenangan kami. Ia agak sakit dan membuatkan saya menggeletar tetapi saya tidak peduli,” kata pengendali Everton, Lamaprd.

Ini kemenangan liga ketiga buat Everton sejak September lalu.

“Ia adalah malam penting buat kami. Perjuangan belum selesai kerana kami masih ada 11 perlawanan untuk diharungi tetapi kami semua menunggu saat ini.

“Malam perjuangan, bersatu hati dan ia mencapai kemuncak di seluruh stadium apabila kami menjaringkan gol,” kata Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya