Pemain positif Covid-19, aksi Liga Juara-Juara dibatalkan - Utusan Malaysia

Pemain positif Covid-19, aksi Liga Juara-Juara dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland: Aksi pusingan kelayakan Liga Juara-Juara membabitkan Linfield dan KF Drita dibatalkan kerana Covid-19.

Perlawanan di antara kelab Ireland Utara dan wakil Kosovo itu dijadual berlangsung hari ini.

Keputusan itu diambil selepas dua pemain pasukan Drita didapati positif sejurus tiba di Switzerland.

“Semua pemain diarah menjalani kuarantin.

“Ujian kedua juga mendapati keputusan positif membabitkan pemain yang mempunyai kontak dengan pemain lain dari kumpulan itu sejak beberapa hari membuatkan pihak berkuasa Switzerland.

“Sepatutnya, perlawanan seperti ini tidak boleh dilangsungkan,” kata pihak berkuasa Switzerland.

Drita mungkin disingkirkan daripada kejohanan itu sementara Linfield berpotensi untuk mara ke pusingan seterusnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya