Pirlo ambil alih Juventus - Utusan Malaysia

Pirlo ambil alih Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN:Bekas bintang Itali dan Juventus, Andrea Pirlo diumumkan sebagai jurulatih baharu kelab itu beberapa jam selepas Maurizio Sarri dipecat.

Sarri, 61, yang hanya bertahan selama semusim bersama Juventus, meninggalkan kelab Turin itu sehari selepas juara Serie A tersebut tersingkir di pusingan kedua Liga-Juara kepada Lyon.

Legenda Itali berusia 41 tahun itu yang tidak mempunyai pengalaman luas selaku jurulatih di peringkat tertinggi menandatangani kontrak dua tahun iaitu sehingga 2022.

Dia sebelum ini dilantik selaku jurulatih skuad bawah 23 tahun yang beraksi di divisyen ketiga.

“Pirlo seorang legenda ketika kariernya sebagai pemain. Dia memenangi kesemua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara dan Piala Dunia 2006.

“Sepanjang empat tahun bersama Juventus, Pirlo memenangi kejuaraan liga, Coppa Italia dan dua Piala Super Itali.

“Hari ini akan menjadi babak baharu kepada perjalanan kariernya dalam dunia bola sepak.

“Bermula hari ini, dia akan menjadi jurulatih semua peringkat di Juventus selepas kelab bersetuju melantiknya membimbing skuad utama selepas melatih pasukan bawah 23 tahun,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.