18 pasukan sertai dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong

18 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong

AMINUDDIN Harun (tiga dari kiri) menyertai bacaan ikrar kejohanan pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Piala Agong ke-65 Tahun 2025 di Seremban, malam tadi.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 500 pegawai dan pemain bola keranjang berkumpul di bandar raya ini bagi Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Piala Agong Ke-65 Tahun 2025.

Kesemua mereka mewakili sebanyak 18 pasukan lelaki dan wanita yang bersaing dalam kejohanan itu yang telah berlangsung sejak 16 Januari lalu SEhingga Sabtu ini di Karisma Arena dekat sini.

Presiden MABA, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, juara kejohanan itu akan membawa pulang hadiah berupa piala, wang tunai RM18,000 dan 20 pingat emas untuk pasukan.

“Manakala hadiah untuk kedudukan lain bernilai antara RM8,000 hingga RM1,000 serta hadiah untuk pemain paling bernilai, penjaring terbanyak dan beberapa kategori lain,” katanya kepada para pemberita pada majlis perasmian kejohanan itu di sini semalam.

Majlis perasmian kejohanan itu telah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin dalam pada itu berkata, Negeri Sembilan berbesar hati diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan bola keranjang paling berprestij dan bersejarah di negara ini.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sekadar pertandingan mencari juara tetapi merupakan medan pembentukan sahsiah, disiplin dan semangat setia kawan dalam kalangan atlet. 

“Kejohanan ini adalah medan yang menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang, negeri asal mahu pun warna jersi di bawah satu panji semangat kesukanan, disiplin dan maruah negara,” katanya.

Sebagai rekod, pasukan lelaki Negeri Sembilan telah muncul juara kejohanan itu selama tujuh tahun berturut-turut sehingga 2024 manakala pasukan wanita negeri ini pernah menjuarai kejohanan itu sebanyak empat kali berturut-turut sebelum meraih naib juara pada edisi lalu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN