Siasatan insiden perlanggaran kapal tangki, feri di peringkat akhir - SPPP

Siasatan insiden perlanggaran kapal tangki, feri di peringkat akhir – SPPP

YEOH Soon Hin (berdiri kanan) melihat pengunjung bermain permainan tradisional, Batu Seremban pada program Keretapi Sarong 2026 yang berlangsung di Muzium Feri Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Siasatan berhubung insiden perlanggaran kapal tangki, MV Mekar Jaya dan Feri Teluk Bahang pada 1 September lalu kini berada pada peringkat akhir.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, sebaik sahaja selesai, pihaknya akan mengemukakan laporan penuh berhubung insiden itu kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Kita telah sampai ke peringkat akhir (siasatan) dan selepas siasatan habis, kita akan hantar laporan akhir kepada MOT. Secepat mungkin,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Keretapi Sarong 2026 di Muzium Feri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, Feri Teluk Bahang dikatakan dalam perjalanan menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH) manakala kapal tangki terbabit pula dilaporkan dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam, Butterworth menuju ke Terminal Persiaran Swettenham.

Akibat perlanggaran itu juga, seramai 21 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan mengikut laporan awal, namun, hampir semua yang cedera itu disahkan tidak serius dan dirawat sebagai pesakit luar sahaja.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×