Perintah berkurung tamat, Shanghai 'bebas' hari ini

Perintah berkurung tamat, Shanghai ‘bebas’ hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Selepas melalui episod ‘ngeri’ akibat penularan Covid-19, bandar raya Shanghai kembali bebas apabila beralih ke fasa normal bermula hari ini.

Langkah itu menyaksikan semua pusat beli-belah dan premis perniagaan boleh beroperasi semula.

Naib Datuk Bandar Shanghai, Zhong Ming berkata, laluan pengangkutan awam termasuk tren juga dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti normal dan jumlah penerbangan domestik ke bandar raya turut ditingkatkan.

Namun, setiap syarikat dan agensi perlu memastikan operasi mereka lancar bagi mengelakkan kesesakan yang menjadi faktor utama penularan Covid-19.

Jelas Ming, pengumuman itu turut menyaksikan orang awam di kawasan risiko rendah boleh kembali bekerja seperti biasa.

“Bagi kawasan awam pula masih tertakluk kepada kapasiti 75 peratus dan orang ramai perlu menunjukkan keputusan negatif menerusi ujian RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum itu,” katanya.

Perintah berkurung yang dilaksanakan bandar raya ini selama dua bulan berakhir kelmarin.

Bagaimana pun, keadaan di Beijing masih belum berubah apabila perintah berkurung di bandar raya itu masih diteruskan biarpun jumlah kes semakin menurun.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Shanghai, Zhao Dandan menggesa masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melupakan kaedah pencegahan yang yang diterapkan bagi mengelakkan situasi sama berulang.

Walaupun bilangan kes di seluruh negara bertambah baik, pematuhan ketat China terhadap sifar-COVID dilihat menjejaskan ekonomi kedua terbesar di dunia dan rantaian bekalan global serta membimbangkan golongan pelabur.

Kesan ekonomi terbukti apabila keuntungan pada April di firma perindustrian tahunan jatuh 8.5 peratus dengan harga bahan mentah yang tinggi dan kekacauan rantaian bekalan yang disebabkan oleh sekatan COVID-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.