Tiga bekas pelumba World Team perkuat Solution Tech

Tiga bekas pelumba World Team perkuat Solution Tech

PASUKAN ProTeam, Solution Tech-Vini Fantini bakal dibarisi tiga pelumba baharu bagi menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga bekas pelumba berstatus World Team akan memperkuatkan cabaran pasukan ProTeam, Solution Tech-Vini Fantini bagi menghadapi saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 28 September hingga 5 Oktober ini.

Mengetuai cabaran Solution Tech ialah tiga pelumba berpengalaman yang pernah berkayuh bersama pasukan WorldTeam iaitu Alexandre Balmer yang pernah membarisi Jayco-AIUla, Matteo Fabbro (Bora-Hansgrohe) dan pakar pecut Dusan Rajovic (Bahrain-Victorious).

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, gandingan ketiga-tiga pelumba tersebut bergabung bersama dua pelumba asal Corratec yang beraksi di LTdL 2022, memberikan keseimbangan buat mereka untuk mencabar sama ada kemenangan peringkat atau jersi hijau individu keseluruhan.

“Kita sering melihat pasukan berstatus ProTeam dan Continental Team memberi saingan sengit kepada pasukan elit WorldTeam di LTdL ini dan berdasarkan kekuatan individu, Solution Tech dilihat antara pasukan yang mampu memberi cabaran pada tahun ini.

“Majoriti daripada pelumba yang dihantar adalah mereka yang sering berlumba di benua Asia malah meraih banyak kejayaan sejak beberapa tahun lalu,” kata Emir dalam satu kenyataan.

Rajovic paling mencuri perhatian apabila mengumpul 18 kemenangan profesional, termasuk bergelar Raja Pecut di Tour of Sharjah, Istrian Spring Tour, Tour de Kumano dan TransHimalaya Cycling Race pada tahun ini.

LTdL 2025 akan menyusuri 12 negeri di semenanjung Malaysia sepanjang lapan peringkat saingan, membabitkan jarak keseluruhan 1,243.5 kilometer (km) yang bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN