Ren Bao intai peluang terakhir kedudukan podium LTdL26

Ren Bao intai peluang terakhir kedudukan podium LTdL26

Tsen Ren Bao
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Pelumba negara, Tsen Ren Bao memasang sasaran untuk menamatkan Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dengan sekurang-kurangnya satu penamat podium dalam dua peringkat terakhir, esok dan Ahad.

Pelumba St George Continental Cycling Team itu melihat Peringkat 7 dan 8 sebagai kesempatan terbaik untuk mencipta keputusan membanggakan, terutama dengan kedua-dua laluan yang lebih memihak kepada pelumba pecut.

Ren Bao, 23, berkata dia mengharapkan perlumbaan berakhir dalam kelompok besar supaya dapat menggunakan kelebihan pecutan bagi mencabar kelompok hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi Peringkat 7 dan 8, saya harap perlumbaan berakhir dengan pecutan berkelompok. Itu percaturan utama saya.

“Sasaran saya memang podium. Saya mahu sekurang-kurangnya satu podium untuk dibawa pulang,” katanya.

Peringkat 7, esok, membabitkan kayuhan sejauh 158.9 kilometer (km) dari Dataran Pahlawan, Melaka ke Jalan Rahmat, Batu Pahat.

Laluan yang tidak mempunyai zon pendakian itu menawarkan tiga zon pecutan di Tangkak, Bukit Kepong dan Parit Sulong, sekali gus membuka ruang buat pelumba pecut mengatur strategi masing-masing.

Saingan kemudian diteruskan dengan Peringkat 8 dan terakhir pada Ahad ini yang membabitkan jarak 188.3km dari Muar ke Putrajaya.

Peringkat penutup itu menawarkan tiga zon pecutan di Simpang Ampat, Seremban dan Nilai, selain satu zon pendakian Kategori 3 di Bukit Mantin.

Ren Bao sebelum ini mencuri tumpuan apabila muncul pelumba Malaysia pertama melintasi garisan penamat pada Peringkat 4 yang berakhir di Cameron Highlands, Rabu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN