Auge beri perkembangan positif

Auge beri perkembangan positif

Pelumba Unibet Rose Rockets, Ronan Auge dilaporkan selamat selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi 2026, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pelumba Perancis, Ronan Auge menunjukkan perkembangan positif selepas sedar daripada koma perubatan susulan kemalangan ketika menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, Jumaat lalu.

Pengarah Sukan Unibet Rose Rockets, Joram Grootveld berkata, pelumba berusia 22 tahun itu kini sudah mampu berkomunikasi dengan keluarganya yang datang dari Perancis untuk menziarahinya semalam.

“Sudah tentu dia masih memerlukan masa yang panjang untuk pulih, namun saya sangat gembira dengan perkembangan yang dimaklumkan pasukan perubatan bahawa keadaannya menunjukkan kemajuan dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengambil kira kemalangan yang dialaminya, pemulihannya menuju ke arah yang baik dengan agak pantas. Semoga ia berterusan begini,” katanya ketika ditemui sebelum bermulanya Peringkat 8 LTdL 2026 dari Muar ke Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Grootveld berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada Auge akan dipindahkan ke Perancis bagi meneruskan rawatan kerana pelumba itu perlu berada dalam keadaan benar-benar stabil terlebih dahulu.

“Dia mengalami keretakan tulang yang agak serius dan keadaannya perlu benar-benar stabil terlebih dahulu.

“Jadi, ia akan mengambil sedikit masa sebelum dia boleh pulang. Buat masa ini, saya tidak tahu bila masanya,” katanya.

Malam tadi, Unibet Rose Rockets dalam satu kenyataan memaklumkan Auge menunjukkan perkembangan positif, termasuk sudah mampu menggerakkan kedua-dua tangan dan kaki serta berkomunikasi.

Auge terbabit dalam kemalangan ketika Peringkat 6 LTdL 2026 dari Pandan Indah ke Rembau, Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN