Azeem mara ke final 100m Sukan Asia 2026

Azeem mara ke final 100m Sukan Asia 2026

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menempah tiket ke final acara 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang berlangsung di Stadium Olahraga Mizuho, Nagoya, hari ini.

Azeem beraksi dalam separuh akhir ketiga menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.25 saat (s) di belakang wakil Korea Selatan, Joeljin Nwamadi (10.17s).

Bagaimanapun, seorang lagi wakil negara, Muhammad Umaira Subri gagal mengikuti jejak langkah Azeem apabila menamatkan separuh akhir kedua di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 10.39s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitu pun, catatan tersebut menjadi catatan peribadi terbaik Umaira memperbaiki pencapaian yang dilakukannya semalam iaitu 10.43s dalam aksi saringan.

Azeem menjadi wakil tunggal negara dalam aksi final 100m yang dijadual berlangsung pada pukul 9.20 malam ini.

Sementara itu, bagi acara lontar peluru wanita menyaksikan wakil negara, Nani Sahirah Maryata menamatkan saingan di tangga tercorot dengan balingan 15.07m yang turut menjadi catatan peribadi terbaiknya.

Wakil China mendominasi podium apabila pingat emas dimenangi Song Jiayuan selepas melakukan lontaran sejauh 19.40m mengatasi rakan senegaranya, Linru Zhang di tempat kedua (18.14m) dan gangsa diraih Manpreet Kaur dari India (17.17m). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×