Sepanyol bawa pulang RM208 juta

Sepanyol bawa pulang RM208 juta

PEMAIN Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia 2026.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Sepanyol bakal membawa pulang hadiah bernilai AS$51 juta (RM208 juta) selepas menewaskan Argentina 1-0 pada final Piala Dunia, semalam.

Jaringan kemenangan Ferran Torres pada minit ke-106 memastikan La Roja menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua selepas mencatat kemenangan sukar ke atas Argentina kendalian Lionel Scaloni.

Aksi final di New Jersey bukanlah perlawanan yang menghiburkan apabila kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang, namun Argentina semakin tertekan selepas Enzo Fernandez menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan akibat terjahan ke atas Pau Cubarsi.

Skuad Luis de la Fuente kemudian mengawal permainan dan memastikan kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Menurut laporan, setiap pemain dalam skuad 26 orang Sepanyol sudah dijamin menerima lebih AS$550,000 (RM2.24 juta) sebelum cukai hanya kerana berjaya mara ke final.

Namun begitu selepas menjulang trofi buat kali kedua, jumlah itu meningkat dengan ketara apabila pemain menerima 45 peratus daripada keseluruhan hadiah kemenangan bernilai AS$51 juta (RM208 juta).

Ini bermakna, setiap daripada 26 pemain Sepanyol bakal menerima kira-kira AS$940,000 (RM3.84 juta) sebelum cukai.

Sementara itu, Argentina akan menerima AS$34 juta (RM138.9 juta) selepas tewas pada aksi terakhir namun belum ada pengesahan mengenai jumlah agihan kepada skuad 26 pemain mereka.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sememangnya memberikan ganjaran kewangan kepada setiap pasukan berdasarkan pencapaian mereka dalam Piala Dunia.

Secara keseluruhannya, jumlah hadiah berkenaan membentuk keseluruhan nilai ganjaran yang diagihkan FIFA kepada semua pasukan bertanding dalam Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN