PETALING JAYA: Pelari pecut 110 meter (m) berpagar negara, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah (Jateng) 2026 dekat Semarang, Indonesia, hari ini.
Hazriq mengungguli saingan tersebut selepas menamatkan larian 13.96 saat (s) sekali gus menjadi catatan terbaik peribadinya musim ini.
Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, Brian Bagas yang melakukan catatan 14.25s manakala gangsa milik rakan senegaranya, Ayub Kabri 14.30s.
Dalam pada itu, skuad olahraga negara turut mengutip satu perak menerusi Lie Yee Teng dalam acara 100m berpagar wanita selepas melakukan catatan masa 14.492s.
Pingat emas dimenangi atlet tuan rumah, Dina Aulia yang menamatkan larian 13.552s dan perak milik rakan senegaranya, Siti Nurhalizah (14.488s). – UTUSAN










