Dylan, Nazmi perkuat jentera The Cats

Dylan, Nazmi perkuat jentera The Cats

Dylan Wenzel-Halls sertai Kuching City FC bagi musim 2026/2027-IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City FC terus memperkemaskan jentera serangan mereka menjelang saingan musim 2026/2027 apabila membawa masuk penyerang import baharu, Dylan Wenzel-Halls.

Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian di media sosial rasmi kelab tersebut yang mengesahkan kehadiran pemain berusia 28 tahun itu sebagai rekrut terbaharu dalam usaha memperkuat skuad The Cats.

Ini membuktikan kesungguhan Kuching City FC bagi mencabar kejuaraan Liga Super musim hadapan selain mereka turut layak beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Kehadiran Wenzel-Halls dijangka memberi dimensi baharu kepada corak serangan Kuching City FC berdasarkan reputasinya sebagai penyerang yang memiliki kelajuan dan ketajaman di hadapan gawang.

Pemain kelahiran Australia itu sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga Super bersama Penang FC sejak 2024 dengan meledak 14 gol keseluruhan, sekali gus menjadikannya tidak asing dalam kancah bola sepak tempatan.

Selain Dylan, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu turut mendapatkan pemain tengah berpengalaman, Nazmi Faiz Mansor bagi memperkuatkan jentera pasukan.

Nazmi sebelum ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak 2017 pernah menjulang trofi Liga Super sebanyak lapan kali, Piala FA empat, Piala Malaysia lima dan Piala Sumbangsih tiga sepanjang menyarung jersi skuad Harimau Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN