Turkiye, Paraguay buru talian hayat di Bay Area

Turkiye, Paraguay buru talian hayat di Bay Area

Arda Guler menjadi harapan Turkiye bagi menembusi gawang Paraguay-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Turkiye dan Paraguay tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Dunia, esok dengan kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Turkiye dikejutkan Australia 0-2 dalam perlawanan pembukaan, manakala Paraguay menerima tamparan lebih hebat apabila dibelasah tuan rumah, Amerika Syarikat 1-4.

Kekalahan itu menyaksikan kedua-dua pasukan kini menghuni kelompok bawahan kumpulan dan berdepan risiko tersingkir lebih awal jika tewas sekali lagi.

Bagi Turkiye, kekalahan kepada Australia dianggap satu keputusan mengecewakan memandangkan skuad kendalian Vincenzo Montella hadir ke Amerika Utara dengan reputasi sebagai antara pasukan muda paling berbakat di kejohanan ini.

Namun, kelemahan pertahanan dan kegagalan memanfaatkan peluang menyebabkan mereka tewas, tetapi Montella tetap tenang menjelang aksi kedua kumpulan dan yakin anak buahnya mampu bangkit.

“Kami telah menganalisis kelemahan yang berlaku dalam perlawanan pertama. Kami masih mempunyai peluang dan pemain memahami betapa pentingnya perlawanan menentang Paraguay,” katanya.

Di kem Paraguay pula, ketua jurulatih Gustavo Alfaro mengakui kekalahan kepada Amerika Syarikat menjadi pengajaran paling pahit buat pasukannya yang kembali ke pentas Piala Dunia selepas 16 tahun.

“Ia satu pengajaran yang sangat menyakitkan. Pada Piala Dunia, apa yang penting ialah keputusan, tumpuan dan perhatian terhadap setiap perincian,” ujar Alfaro.

Paraguay dijangka bergantung kepada kreativiti Julio Enciso dan pengalaman kapten Gustavo Gomez untuk memimpin kebangkitan pasukan, manakala Turkiye sekali lagi meletakkan harapan besar kepada Arda Guler serta kapten berpengalaman, Hakan Calhanoglu.

Perlawanan di Stadium Bay Area dijangka berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mempertaruhkan segala-galanya demi mengutip tiga mata berharga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN