PETALING JAYA: Skuad bawah 19 (B-19) negara meneruskan rentak kecemerlangan mereka dalam kempen Kejuaraan B-19 ASEAN apabila menewaskan Brunei 4-0 Stadium Teladan, Medan, Indonesia, hari ini.
Gol pertama Malaysia diperolehi hasil kesilapan pertahanan lawan, Mahmud Khalish Mohd Zaifulizham pada minit ke-22 sebelum Arsyad Shamsul Aswadi meledak gol kedua pada minit terakhir babak pertama.
Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 2-0, pemain negara menggandakan asakan mereka dan hasilnya Malaysia berjaya menambah dua lagi jaringan pada minit terakhir permainan masing-masing hasil daripada percubaan Ierfan Hafizan Hafiz dan Irfan Aswad Roslan.
Selepas ini, anak-anak buah Nafuzi Zain itu dijadual bertemu Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Madya 1 pada 8 Jun ini. – UTUSAN










