Peluang skuad emas Perancis julang Piala Dunia

Peluang skuad emas Perancis julang Piala Dunia

Kesebelasan utama Perancis ketika berdepan Ivory Coast dalam aksi persahabatan kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2026 di Stade de la Beaujoire di Nantes, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal legasi menjelang kempen terakhirnya di Piala Dunia 2026.

Sebaliknya, jurulatih berpengalaman itu mahu memberi tumpuan kepada misi utama membawa Les Bleus kembali menjulang trofi Piala Dunia pada edisi kali ini.

“Saya hanya memikirkan hari ini dan esok. Sejujurnya, perkara lain tidak penting. Fokus saya adalah apa yang berada di hadapan,” katanya.

Menurut Deschamps, kejayaan muncul juara dunia pada 1998 sebagai pemain dan 2018 sebagai jurulatih merupakan kenangan istimewa, namun beliau percaya masa lalu tidak lagi relevan dalam usaha memburu kejayaan baharu.

“Apa yang berlaku pada 1998 dan 2018 akan sentiasa bersama saya, tetapi tiada siapa boleh mengubah masa lalu. Apa yang penting sekarang ialah apa yang akan kami lakukan selepas ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa status skuad emas Perancis sebagai antara pasukan pilihan bukan jaminan untuk melangkah mudah ke final.

“Keputusan adalah perkara paling penting. Ini adalah tahap tertinggi dan sudah tentu ada harapan yang tinggi. Final masih jauh lagi,” katanya.

Deschamps turut menyifatkan gelaran juara dunia sebagai pencapaian tertinggi dalam bola sepak meskipun kejohanan ini merupakan kejohanan terakhirnya bersama Perancis.

“Tiada yang dapat menandingi perasaan menjadi juara dunia, seluruh tenaga saya kini tertumpu kepada Piala Dunia ini,” katanya.

Dalam pada itu dia melihat Mbappe sebagai nadi utama pasukan dalam merebut gelaran juara dunia itu.

“Apa yang berlaku di peringkat kelab kekal di peringkat kelab. Di sini, ia adalah pasukan kebangsaan.

“Dengan pasukan dan mereka yang berada di sana untuk sesi pertama, mereka telah berusaha.

“Dia mempunyai pengalaman yang orang lain tidak ada. Ia akan menjadi Piala Dunia ketiganya. Dia tahu betapa sukarnya Piala Dunia,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN