Fakrul Afizul pecah rekod 400m lari berpagar

Fakrul Afizul pecah rekod 400m lari berpagar

Muhammad Fakrul Afizul Nasir melakar rekod baharu 400 meter (m) lari dengan catatan 50.72 saat (s).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Atlet olahraga negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir berjaya menamatkan penantian dua tahun untuk memadam rekod 400 meter (m) lari berpagar kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan 50.72 saat (s).

Fakrul mencipta sensasi itu selepas meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Varsity Track & Field (VTF) 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu hari ini.

Ia sekali gus memperbaharui rekod 400m lari berpagar kebangsaan miliknya, 51.11s yang dilakukannya sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Kuching, Sarawak.

“Alhamdulillah rezeki saya dapat buat rekod kebangsaan hari ini,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu selepas tamat perlumbaan akhir hari ini.

Menariknya, catatan itu turut memadam rekod kejohanan, 52.77s yang baru sahaja dicipta oleh rakan sepasukannya dari UPM, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar di peringkat separuh akhir pada saingan di sebelah pagi.

Aiman Najmi terpaksa berpuas hati menamatkan aksi final itu dengan pingat perak menerusi masa 51.49s.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Irfan Azizan selepas mencatat masa 52.82s-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN