BAM sedia buang pemain bermasalah

BAM sedia buang pemain bermasalah

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain yang sudah diberi amaran terakhir berkaitan isu disiplin, termasuk pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi , Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga bersetuju tindakan tegas perlu diambil terhadap pemain yang gagal mematuhi peraturan dan disiplin ditetapkan.

“Memang kita sudah berbincang dengan presiden dan presiden pun sudah cakap kita akan keluarkan semua pemain yang ada masalah disiplin. Kita akan beri amaran terakhir.

“Macam Jun Hao, saya beri dia amaran terakhir. Saya sudah cakap (pada Jun Hao) saya tak nak cakap apa-apa lagi. Apa yang sudah berlaku berulang lagi. Dia sendiri pandai-pandai angkat bag dan balik rumah sendiri. Ini amaran terakhir.

“Saya fikir ini serius untuk pemain kita. Saya tidak mahu mana-mana pemain fikir disiplin tidak penting. Semua ahli Majlis BAM bersetuju,” katanya.

Mengulas situasi Jun Hao, Chong Wei berkata, mereka berdua telah bersemuka secara peribadi sebelum saingan Terbuka Malaysia dan mengakui wujud masalah yang mengganggu fokusnya.

“Saya jumpa dia secara peribadi sebelum Terbuka Malaysia dan dia beritahu apa yang ganggu fokusnya. Kami kena telus tapi tak boleh mendedahkannya kepada umum.

“Dia sendiri mengaku dia ada masalah disiplin. Dia kena bangkit apa yang berlaku selama ini disebabkan masalah disiplin dia,” katanya.

Terdahulu, BAM telah sebulat suara untuk menggugurkan mana-mana pemain yang bernaung dibawah badan induk itu yang mempunyai masalah disiplin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN