Ronaldo masih gagah ke Piala Dunia 2030

Ronaldo masih gagah ke Piala Dunia 2030

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bos Portugal, Roberto Martinez percaya usia bukan penghalang buat Cristiano Ronaldo untuk terus beraksi sehingga Piala Dunia 2030.

Ronaldo dijangka berusia 45 tahun ketika Portugal menjadi tuan rumah bersama Sepanyol dan Maghribi bagi edisi 2030, namun Martinez menegaskan legenda bola sepak dunia itu sudah berkali-kali membuktikan kemampuannya menepis keraguan ramai.

Menurut Martinez, mentaliti luar biasa dimiliki kapten Portugal tersebut menjadi faktor utama yang membolehkan Ronaldo terus kekal kompetitif di peringkat tertinggi walaupun sudah menghampiri penghujung karier.

“Tiada siapa patut meragui kemampuan Ronaldo kerana dia sudah membuktikannya selama ini.

“Saya pernah bekerja dengan ramai pemain hebat yang memenangi Liga Juara-Juara atau Ballon d’Or tetapi mereka hilang motivasi selepas itu sedangkan Ronaldo sangat berbeza,” katanya.

Ronaldo yang membuat debut antarabangsa pada 2003 ketika berusia 18 tahun kini memegang status penjaring terbanyak serta pemain paling banyak beraksi dalam sejarah Portugal dengan 226 penampilan dan 143 gol.

Penyerang veteran itu turut membantu Portugal menjulang kejuaraan Euro 2016 selain mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia berbeza selepas meledak penalti ketika menentang Ghana pada 2022.

Martinez turut percaya disiplin tinggi, faktor genetik serta penjagaan tubuh badan yang ketat menjadi rahsia utama Ronaldo masih mampu bersaing dengan pemain jauh lebih muda di pentas antarabangsa. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN