MFL tidak boleh berlembut soal lesen

MFL tidak boleh berlembut soal lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak boleh berlembut dengan mengeluarkan lesen bersyarat kepada pasukan ‘bermasalah’ bagi mengelak Liga Malaysia (Liga M) terus dipalit pelbagai isu khususnya dalam aspek tunggakan gaji.

Rekod lampau sudah pun menunjukkan sikap berkompromi dengan mengeluarkan lesen bersyarat langsung tidak menyelesaikan masalah dan pihak First Instance Body (FIB) yang menguruskan lesen dibawah MFL harus bertindak lebih tegas.

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan berkata, langkah untuk tidak mengeluarkan lesen bersyarat dilihat menjadi salah satu jalan untuk menyelamatkan Liga M.

“Saya rasa itu (tidak keluarkan lesen bersyarat) pentinglah, kejujuran untuk melepaskan lesen kepada kelab-kelab sebab ia (isu gaji) sentiasa berulang setiap tahun, setiap musim. Awalnya dilepaskan lepas itu akan memberi masalah kepada pemain.

“Kita tak mahu bagi (lesen) bersyarat dan sebagainya lepas itu ia akan berbalik kepada pasukan dan ianya akan memburukkan liga kita. Ia akan jadi liga yang bermasalah, jadi kalau betul-betul pasukan itu lepas, kita bagi lepas, yang tak lepas, jangan bagi.

“Kita perlukan keputusan yang agak tegas. Memanglah mungkin akan merugikan kelab ataupun pasukan tak cukup, tetapi bagi saya kita perlukan pasukan yang benar-benar lulus dan berkualiti untuk bermain kerana yang penting tidak ada masalah di kemudian hari,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, FIB mengesahkan tujuh kelab melengkapkan penyerahan dokumen bagi memohon lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan kebangsaan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Sabah, Terengganu, Penang FC, Kuching City dan Negeri Sembilan.

Imigresen FC, Kuala Lumpur City, Melaka FC, PDRM FC dan Kelantan The Real Warriors FC yang kini dilaporkan sedang berdepan isu tunggakan gaji pula membuat permohonan bagi mendapatkan lesen kebangsaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN