Keletihan gugat City buru trofi Piala FA

Keletihan gugat City buru trofi Piala FA

MANCHESTER City berdepan jadual padat pada minggu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berharap pasukannya mampu mengatasi keletihan menjelang final Piala FA menentang Chelsea di Stadium Wembley, malam ini, dalam usaha memburu kejuaraan berganda musim ini.

City masih bersaing rapat dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berdepan jadual padat apabila baru sahaja menewaskan Crystal Palace 3-0 dalam aksi liga pada Rabu lalu dan bakal kembali beraksi menentang Bournemouth hanya tiga hari selepas final.

Guardiola mengakui situasi tersebut boleh memberi kelebihan kepada Chelsea yang mempunyai tempoh rehat dan persiapan lebih lama sebelum pertembungan berkenaan.

“Selepas Piala FA, kami ada Bournemouth, kami bermain setiap tiga hari. Chelsea mempunyai seminggu di rumah untuk berlatih dan bersiap sedia untuk final.

“Kami perlu pergi ke London. Mereka akan berada di rumah bersama isteri dan anak-anak mereka. Jadi, itu adalah keletihan dan keletihan dan keletihan,” katanya.

Dalam usaha menguruskan tenaga pemain, Guardiola merehatkan beberapa tonggak pasukan seperti Erling Haaland, Rayan Cherki dan Jeremy Doku ketika aksi menentang Palace, meskipun City masih mampu mencatat kemenangan meyakinkan.

City mara ke final Piala FA buat kali keempat berturut-turut, namun gagal menjuarai dua edisi terakhir selepas tewas kepada Crystal Palace dan Manchester United.

Guardiola, yang pernah memenangi trofi berprestij itu pada 2019 dan 2023, kini memburu kejuaraan ketiganya dalam saingan berkenaan, sekali gus menjadikan koleksi trofinya bersama City kepada 20 sejak tiba di kelab itu.

Chelsea pula yang menunjukkan prestasi tidak menentu pada musim ini dilihat bergantung harap kepada Piala FA sebagai peluang menamatkan kemarau trofi domestik sejak 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN