KBS perhalusi model 'pay-per-view' Liga Malaysia

KBS perhalusi model ‘pay-per-view’ Liga Malaysia

MOHAMMED Taufiq Johari menyaksikan sesi Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan akhir Piala FA 2026 antara Manchester City dan Chelsea di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan pemegang taruh bagi memperhalusi cadangan model bayar untuk tontonan (pay-per-view) bagi siaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, perkara itu akan diteliti secara menyeluruh termasuk sama ada ia mampu memberi nilai tambah kepada pasukan serta kesannya terhadap pembangunan bola sepak tempatan.

“Mengenai cadangan pay-per-view itu, kita akan adakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut. Kita akan lihat perkara itu (dari segi nilai tambah) dan saya akan maklumkan kemudian,” katanya ditemui pada sesi Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan akhir Piala FA 2026 antara Manchester City dan Chelsea di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mencadangkan model pay-per-view diperkenalkan sebagai langkah strategik untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat serta memperkukuh kewangan Liga M.

Cadangan itu dilihat mampu menjadi penyelesaian kepada isu semasa termasuk kekangan hak siaran, peningkatan kos operasi serta agihan pendapatan yang rendah kepada kelab yang bertanding.

Sementara itu, mengulas desakan kerakytan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditarik balik, Mohammed Taufiq berkata, perkara itu di luar bidang kuasa kementeriannya.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak campur tangan, kita serah perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya. – UTUSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN