Josue sedia kerah keringat demi Harimau Malaya

Josue sedia kerah keringat demi Harimau Malaya

Paulo Josue mahu terus menyumbang tenaga dan pengalaman kepada skuad kebangsaan. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue mahu terus menyumbang tenaga dan pengalaman kepada skuad kebangsaan khususnya membimbing pemain muda sekiranya terus dipanggil ke kem latihan negara bagi menghadapi Piala ASEAN FIFA 2026.

Pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu berkata, peluang untuk bersama pemain muda merupakan satu pengalaman yang sentiasa menyeronokkan kerana ia membolehkan dia melihat dan membantu mengasah potensi mereka.

“Ya, bagi saya, ia selalu menyenangkan untuk berada di sana bersama pemain muda. Kita boleh melihat potensi mereka. Kita boleh cuba membantu mereka untuk menjadi lebih baik.

“Pergerakan dan keadaan fizikal mereka. Bagi saya, ia selalu menyenangkan, sebabnya saya berada di Malaysia adalah untuk pergi ke sana dan cuba membantu mereka.

“Jadi, tidak kira apa yang mereka perlukan, saya akan bersedia untuk pergi ke sana dan cuba membantu mereka. Jika mereka (jurulatih) telefon saya, sudah tentu. Tetapi, bagi saya, ia selalu menyenangkan untuk berada bersama pasukan.

“Tidak kisah jika mereka adalah pasukan muda atau pasukan senior,” katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan kejohanan Piala ASEAN FIFA yang akan menghimpunkan semua 11 negara anggota ASEAN dalam satu pentas bola sepak serantau terbesar di bawah naungan badan induk bola sepak dunia itu.

Presiden FIFA, Giovanni Vincenzo Infantino berkata, kejohanan itu diwujudkan bagi memberi suntikan semangat baharu kepada bola sepak rantau ini, selain menjadi simbol penyatuan negara-negara ASEAN melalui sukan paling popular di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN