Ganjaran menanti skuad hoki wanita Negeri Sembilan

Ganjaran menanti skuad hoki wanita Negeri Sembilan

PASUKAN Negeri Sembilan bersiap sedia sebelum perlawanan dengan Terengganu dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026 di Kuala Terengganu, Sabtu lalu. -Ihsan Persatuan Hoki Negeri Sembilan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ganjaran menarik menanti pasukan hoki wanita Negeri Sembilan yang dinobatkan juara Liga Hoki Malaysia (LHM) MHL-TNB 2026 selepas menang 6-0, dalam perlawanan terakhir menentang Terengganu di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Kejayaan itu adalah pencapaian kedua pasukan itu yang telah merangkul Piala Sumbangsih dalam perlawanan pertama menentang Malaysia University-UNITEN (Malaysia University), dengan jaringan 4-0.

Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS), Datuk Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu muncul juara liga tahun ini dengan memenangi kesemua enam perlawanan dengan mengutip 12 mata berbanding pesaing di tangga kedua yang meraih 15 mata.

“Selaku Presiden PHNS, saya amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan ini sehingga kini dan mahu mereka terus kekalkan prestasi terbaik ini untuk memenangi satu lagi piala yang dipertandingkan dalam kejohanan itu iaitu Vivian May Soars.

“Persatuan akan memberikan ganjaran kepada pasukan ini tetapi bentuk dan jumlah insentif hanya akan diumumkan selepas mereka berjaya merangkul semua kejuaraan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Pasukan Negeri Sembilan mencatatkan pencapaian tersendiri apabila menang kesemua enam perlawanan liga, menyumbatkan 50 gol dan skuad itu juga belum dibolosi oleh gol lawan.

Untuk rekod, pasukan di tangga kedua menjaringkan 11 gol manakala pasukan di tangga ketiga meraih 15 gol.

Tiga pemain Negeri Sembilan mengungguli carta penjaring gol terbanyak sehingga kini dengan Nuramirah Shakirah Zulkifli menjaringkan 17 gol, Fatin Shafika Mohd. Sukri (6 gol) dan Siti Nur Arfah Mohd. Nor (5 gol).

Tiga pemain lain pasukan itu juga menduduki carta teratas penjaring gol terbanyak masing-masing menyumbat lima gol iaitu Vandana Katariya, Nur Zariefah Dania Mazlan dan Nur Afiqah Syahzani Azhar.

Negeri Sembilan menyasarkan kejuaraan treble dalam kejohanan LHWM tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN