FAM kena lebih tegas

FAM kena lebih tegas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurunkan tandatangan diatas papan yang disediakan bagi Pandangan dan Hasrat "Suara Anda Inspirasi Kami, ketika melawat tapak pameran pada Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di D'Tempat & X Park Sendayan, semalam.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Isu penarikan kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kerakyatan tertakluk di bawah bidang kuasa serta prosedur biasa KDN.

“Biar persatuan bola sepak bincang dulu, baru kemukakan kepada Menteri Dalam Negeri mengikut kuasa biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Sendayan, di sini hari ini.

Desakan supaya kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditarik semula semakin memuncak selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan berlakunya pemalsuan dokumen kelayakan.

Keputusan itu mencetuskan gelombang reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan termasuk penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang melihat isu berkenaan sebagai sesuatu yang mencalar imej bola sepak negara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada KDN dan FAM bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan mencampuri urusan melibatkan badan induk bola sepak negara selain perkara berkaitan kewarganegaraan dan kerakyatan berada di bawah bidang kuasa KDN.

“Hal kewarganegaraan, kerakyatan dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa KDN.

“Kita tidak terlibat dengan hal-hal persatuan dan sebagainya. Jadi, kita serahkan kepada persatuan serta pihak yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN