Charles bawa Southampton ke final playoff Liga Kejuaraan

Charles bawa Southampton ke final playoff Liga Kejuaraan

Pemain Southampton meraikan kejayaan mereka menewaskan Middlesbrough 2-1 di Stadium St Mary, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Shea Charles muncul wira Southampton apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya untuk menewaskan Middlesbrough 2-1 di Stadium St Mary, semalam sekali gus mara ke final playoff Liga Kejuaraan.

Charles menjaringkan gol kemenangan pada ke-116 menerusi hantaran lintang lencong dari sebelah kanan yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan sebelum bola terkena tiang dan menerjah gawang.

Southampton yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu berpeluang untuk Kembali ke saingan liga utama England itu apabila dijadual berdepan Hull City di final playoff nanti.

Hull City sebelum itu mara selepas menewaskan Millwall 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Bagaimanapun, kejayaan Southampton sedikit tercalar apabila kelab itu kini disiasat Liga Bola Sepak England (EFL) susulan dakwaan mengintip sesi latihan Middlesbrough sebelum aksi separuh akhir pertama di Stadium Riverside minggu lalu.

EFL dilaporkan menerima aduan daripada Middlesbrough berhubung rakaman tanpa kebenaran di kawasan persendirian, namun belum ada sebarang keputusan dibuat terhadap Southampton.

Pengurus Southampton, Tonda Eckert berkata, pasukannya kini hanya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada final play-off.

“Ini perlawanan yang luar biasa dan menjadi bukti kualiti Kejuaraan.

“Siasatan masih berjalan dan kelab sudah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kami kini fokus untuk membuat persiapan menghadapi final,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN