Selangor FC merana tanpa Pan Gon

Selangor FC merana tanpa Pan Gon

Kim Pan Gon tidak bersama Selangor FC ketika tumpas 0-1 kepada Kuching City FC kerana digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon memberi kesan kepada pasukannya ketika berdepan Kuching City FC dalam aksi kedua separuh akhir di Stadium Negeri, kelmarin.

Perkara itu diakui sendiri pembantunya, Soonseok Lee apabila persiapan Red Giants terjejas tanpa kehadiran Pan Gon yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Soonseok turut memohon maaf kepada penyokong Red Giants terutamanya mereka yang hadir ke stadium berikutan kegagalan Selangor FC menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia.

“Sudah tentu permainan kami sukar tanpa ketua jurulatih. Sangat sukar tapi kami sudah mengetahuinya dan akan beraksi di tempat lawan. Pemain terus berjuang dan saya gembira mengenainya.

“Jika ada ketua jurulatih sudah tentu persediaan kami lebih baik daripada ini terutama pada babak pertama di mana gawang kami dibolosi dan kami perlu melihat kepada perkara tersebut.

“Ya, semua orang tahu (kekalahan ini) sangat sedih dan mengecewakan. Mewakili ketua jurulatih saya ingin minta maaf kepada semua penyokong yang datang ke sini. Semua penyokong yang hadir mahu saksikan kami mara ke final,” katanya.

Dalam aksi tersebut, Selangor terpaksa beraksi sembilan pemain selepas Safuwan Baharudin dan Mukhairi Ajmal Mahadi masing-masing dilayangkan kad merah pada minit ke-48 dan ke-62.

Namun, Soonseok enggan menyalahkan kedua-dua pemain tersebut sebaliknya memuji anak-anak buahnya apabila mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila tidak membenarkan lawan menembusi pintu gol pasukan.

“Saya berbangga dengan pemain sebab mereka menunjukkan identiti di mana Red Giants tidak berputus asa. Mereka berjuang hingga minit terakhir. Semua orang dapat saksikan karakter pemain kami,” katanya.

Kuching City mara ke final selepas menang 1-0 hasil gol Petrus Shitembi pada minit ke-31 sekali gus mencatat kemenangan agregat 2-1.-UTUSAN

habis

KAPSYEN: Kim Pan Gon tidak bersama Selangor FC ketika tumpas 0-1 kepada Kuching City FC kerana digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.-IHSAN SFC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN