Ridwan kena baiki prestasi

Ridwan kena baiki prestasi

Muhammad Ridwan Sahrom gagal membawa pulang pingat di ACC 2026.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek lelaki negara, Muhammad Ridwan Sahrom perlu memperbaiki prestasi selepas gagal mengutip sebarang pingat di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

Pada kejohanan yang berakhir kelmarin itu, Ridwan gagal membawa pulang pingat selepas terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kelapan dalam dua acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut lelaki.

Pelumba berusia 26 tahun itu yang turut beraksi dalam acara pecut berpasukan bersama Mohd Akmal Nazimi Jusena dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis menamatkan saingan di kedudukan keempat setelah tumpas kepada wakil Hong Kong.

Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri mengakui Ridwan perlu lebih menonjol selari dengan tanggungjawabnya sebagai pelumba senior.

“Daripada segi prestasi skuad kebangsaan, saya gembira tetapi secara individu, Ridwan kena lebih ke depan sebab dia tamatkan saingan di kedudukan kelapan.

“Dia bertemu Jai (Angsuthasawit) dalam penentuan ke suku akhir (acara pecut). Sepatutnya dia tak boleh kalah dengan Jai sebab pada saya, Ridwan patut tiada masalah untuk lakukannya,” katanya.

Isu teknikal turut menghimpit Ridwan apabila pedal glitch kiri basikalnya tercabut sekali gus menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan gangsa bagi acara pecut berpasukan elit lelaki.

Ridwan perlu bangkit segera apabila dia bakal menggalas cabaran negara dalam kejohanan Piala Dunia di Hong Kong pada 17 hingga 19 April ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN