Azam tidak mahu ulas status kontrak jawatan

Azam tidak mahu ulas status kontrak jawatan

AZAM Baki ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Putrajaya hari ini-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki enggan mengulas berhubung status kontrak jawatannya yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

“Saya tidak mahu jawab,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di sini hari ni.

Sebelum ini, sebuah agensi berita di Singapura memetik sumber mendakwa kontrak Azam tidak akan dilanjutkan.

Tambah laporan itu, kerajaan kini berhadapan tekanan besar berhubung siasatan pemilikan saham oleh Azam, justeru perkhidmatan ketua pesuruhjaya itu bersama SPRM tidak akan diteruskan.

Sebelum ini, media antarabangsa, Bloomberg menerusi laporannya mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun Azam menegaskan pegangan saham miliknya yang bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Susulan itu, kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Azam.

Laporan daripada Jawatankuasa Khas Siasatan itu sudah diterima Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Laporan itu kemudiannya dipanjangkan ke Lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN